Lawatan dan Aktiviti

Sunday, October 4, 2009
Tempat-tempat untuk dilawati

Pantai-pantai. Teluk Gedung. Taman Fu Lin Kung. Kilang satay ikan. Tukang bot.

Pengangkutan

Untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

Membeli-belah

Pemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.

468
Mamah Seafood

... there is also a nice Malay restaurant that we went, Mamah Sea Food (Teluk Nipah) for our 2nd day’s dinner. The tastes are nice as well as the price.

Di Pekan Pangkor juga terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!

Makan-makan

Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim ‘n’ Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a’la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.

Ajaib di Pangkor

Haiwan batu

Anda akan temui beberapa pembentukan batu secara semulajadi yang menyerupai binatang di pulau ini sekiranya anda menaiki bot laju untuk bersiar-siar. Ianya pemandangan yang mengagumkan!

Remember Sir Elton John's song of the seventies - Crocodile Rock? Well this is the real crocodile rock!
Sang Rangkak sedang menunggu mangsa. Ini digelar "batu buaya"
This is the turtle rock. You will find it near the Turtle Bay. Amazingly, it is on this beach that turtles come to lay eggs
Yang ini pula "batu penyu". Ironiknya batu ini terdapat di Teluk Penyu (Teluk Ketapang), tempat tuntung (sejenis penyu) datang bertelur
This one uncanningly looks like a whale
Batu ini menyerupai "ikan paus". Tumbuhan atas batu menambahkan kesan dramatik, seolah-olah ikan paus ini sedang bernafas di permukaan air
A pair of feet protruding, like a giant sleeping on his back
Siapa pula yang tertinggalkan sepasang kasut raksasa di sini? Ini digelar "batu kaki"
Kinda like a fairy tale... here we have an elephant showing its back and a tortoise in the foreground. A zoo of rock animals?
"Batu gajah mandi" dan "batu kura-kura" melengkapkan taman margasatwa batu. Mungkin benarkah dongeng Sang Kelembai yang suka menegur itu?