Muslim dan Muslimat Jom Rehlah kat Pulau Pangkor

Sunday, October 4, 2009

Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari dan dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor.

Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melapangkan masa untuk melayari blog ini ( gerbangpangkor.com ) Semuga nanti anda akan memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan teman-teman.

Justeru itu, kami sedia menguruskan tempat penginapan di Pantai Pasir Bogak iaitu Puteri Bayu Beach Resort dan Coral Bay Resort.

Manakala Pantai Teluk Nipah iaitu Pangkor Inn Chalet, Pangkor Bayview Beach Resort, Pangkor Indah Beach Resort, Palma Beach Resort, Purnama Beach Resort, Suria Beach Resort, Havana Beach Resort, Hornbill Beach Resort dan banyak lagi chalet-chalet disana.

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi : 017 - 594 5151 azmi abas

MAYBANK - 508261400479
PUBLIC BANK - 4-5555007-31

Infomasi

Panduan untuk pelancung:

Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.

Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan

Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.

Jungle trekking ialah salah satu acara yang menjadi kemestian bagi pencinta alam

Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.

Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.


Sejarah

Burung enggang terdapat dengan banyak di Pulau Pangkor. Anda akan melihat mereka terbang dan hinggap di dahan-dahan. Di Teluk Nipah anda boleh beri enggang makan seperti anda beri makan burung merpati!

Pulau bersejarah ini kaya dengan khazanah alam semulajadi – hutan, bukit-bukau dan laut. Ia menjadi tumpuan bukan saja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong luar negara. Antara yang menjadi tarikan di pulau ini ialah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang berhampiran.

Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang. Dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.

Kota ini akhirnya dirobohkan oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulop.

Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhannya berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang dikumpulkan.

SEJARAH PULAU PANGKOR

KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.

Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.

Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.

Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”

Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’

Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.

Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.

Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.

“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.

“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.

“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”

Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.

Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.

LEGENDA BATU BERSURAT

Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.

Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.

Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.

Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.

PERJANJIAN PANGKOR

Sedetik dalam sejarah di negeri Perak
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Februari 1874 yang telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak – satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar, tetapi telah disedari hanya setelah semuanya ditandatangani.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh JWW Birch yang akibatnya ialah Perak berhadapan dengan Inggeris dalam siri peperangan hingga tahun 1876.

Raja Abdullah
Ramai wira Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Inggeris kemudiannya telah membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Bandar-bandar baru telah muncul dengan pesatnya di Perak. Kemunculan bandar-bandar baru ini telah dengan sendirinya mengasingkan orang Melayu daripada pembangunan.

Perak menikmati kemakmuran daripada bijih timah lebih 100 tahun. Kemudian pada 1970, ekonomi Perak mula menjunam dan hampir muflis ekoran kejatuhan harga bijih timah di pasaran dunia. Smpanan timah antarabangsa telah melebihi aras yang dikehendaki hingga menyebabkan logam itu melebihi daripada permintaan. Tauke lombong gelisah dan ramai pelombong hilang pekerjaan. Situasi ini mengajar Perak dan khasnya Malaysia agar tidak bergantung kepada satu sumber ekonomi sahaja.


Lawatan dan Aktiviti

Tempat-tempat untuk dilawati

Pantai-pantai. Teluk Gedung. Taman Fu Lin Kung. Kilang satay ikan. Tukang bot.

Pengangkutan

Untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

Membeli-belah

Pemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.

468
Mamah Seafood

... there is also a nice Malay restaurant that we went, Mamah Sea Food (Teluk Nipah) for our 2nd day’s dinner. The tastes are nice as well as the price.

Di Pekan Pangkor juga terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!

Makan-makan

Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim ‘n’ Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a’la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.

Ajaib di Pangkor

Haiwan batu

Anda akan temui beberapa pembentukan batu secara semulajadi yang menyerupai binatang di pulau ini sekiranya anda menaiki bot laju untuk bersiar-siar. Ianya pemandangan yang mengagumkan!

Remember Sir Elton John's song of the seventies - Crocodile Rock? Well this is the real crocodile rock!
Sang Rangkak sedang menunggu mangsa. Ini digelar "batu buaya"
This is the turtle rock. You will find it near the Turtle Bay. Amazingly, it is on this beach that turtles come to lay eggs
Yang ini pula "batu penyu". Ironiknya batu ini terdapat di Teluk Penyu (Teluk Ketapang), tempat tuntung (sejenis penyu) datang bertelur
This one uncanningly looks like a whale
Batu ini menyerupai "ikan paus". Tumbuhan atas batu menambahkan kesan dramatik, seolah-olah ikan paus ini sedang bernafas di permukaan air
A pair of feet protruding, like a giant sleeping on his back
Siapa pula yang tertinggalkan sepasang kasut raksasa di sini? Ini digelar "batu kaki"
Kinda like a fairy tale... here we have an elephant showing its back and a tortoise in the foreground. A zoo of rock animals?
"Batu gajah mandi" dan "batu kura-kura" melengkapkan taman margasatwa batu. Mungkin benarkah dongeng Sang Kelembai yang suka menegur itu?

Pakej Kumpulan


P1, Pusat Penerangan Pelancongan, Jalan Sultan Idris Shah,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Website: www.gerbangpangkor.com

Tarikh: ______________

Kepada yang berkenaan:-

PER: SEBUTHARGA PAKEJ KUMPULAN 2 HARI 1 MALAM DI PULAU PANGKOR

Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Nama Chalet : Mana-mana chalet yang ada kekosongan
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam

Pakej termasuk:-
1 malam Penginapan
1 sarapan pagi
1 makan tengah hari
1 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM85.00 seorang/Dewasa

Tambahan
BBQ tambah - RM20.00 dewasa
Island hopping & Snorkeling - RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)
Melawat tempat bersejarah - RM10.00 seorang

Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak

Semoga pihak tuan/puan/cik berpuashati dengan kadar yang ditawarkan.

Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.

Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan

CIMB 08050007921052
atas nama Teluk Impian.

Atau Maybank no akuan : 508261400479 atas nama NOR AZMI BIN ABAS

Terima kasih

“Percutian anda, layanan kami”

Yang benar,

Nor Azmi Abas
017-594 5151

----------------------------------------------------------------------------------------

P1, Pusat Penerangan Pelancongan, Jalan Sultan Idris Shah,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Website: www.gerbangpangkor.com

Tarikh: ______________

Kepada yang berkenaan:-

PER: SEBUTHARGA PAKEJ KUMPULAN 3 HARI 2 MALAM DI PULAU PANGKOR

Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Nama Chalet : Mana-mana chalet yang ada kekosongan
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam

Pakej termasuk:-
2 malam Penginapan
2 sarapan pagi
2 makan tengah hari
2 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM145.00 seorang/Dewasa

Tambahan
BBQ tambah RM20.00 dewasa
Island hopping & Snorkeling RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)

Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak

Semoga pihak tuan/puan/cik berpuashati dengan kadar yang ditawarkan.

Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.

Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan

CIMB 08050007921052
atas nama Teluk Impian.

Atau Maybanak no akuan 508261400479 atas nama NOR AZMI BIN ABAS

Terima kasih

“Percutian anda, layanan kami”

Yang benar,

Nor Azmi Abas
017-594 5151

Pakej Keluarga



P1, Pusat Penerangan Pelancongan, Jalan Sultan Idris Shah,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Website: www.gerbangpangkor.com

Tarikh: ______________

Kepada yang berkenaan:-

PER: SEBUTHARGA PAKEJ KELUARGA 2 HARI 1 MALAM DI PULAU PANGKOR

Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Nama Chalet : Mana-mana chalet yang ada kekosongan
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam

tidak termasuk harga bilik @ sila pilih chalet

Pakej termasuk
1 sarapan pagi
1 makan tengah hari
1 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM55.00 dewasa RM35.00 kanak-kanak

Tambahan
BBQ tambah - RM20.00 dewasa
Island hopping & Snorkeling - RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)
Melawat tempat bersejarah - RM10.00 seorang

Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak

Semoga pihak tuan/puan/cik berpuashati dengan kadar yang ditawarkan.

Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.

Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan

CIMB 08050007921052
atas nama Teluk Impian.

Atau Maybank no akuan : 508261400479 atas nama NOR AZMI BIN ABAS

Terima kasih

“Percutian anda, layanan kami”

Yang benar,

Nor Azmi Abas
017-594 5151

----------------------------------------------------------------------------------------

P1, Pusat Penerangan Pelancongan, Jalan Sultan Idris Shah,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Website: www.gerbangpangkor.com

Tarikh: ______________

Kepada yang berkenaan:-

PER: SEBUTHARGA PAKEJ KELUARGA 3 HARI 2 MALAM DI PULAU PANGKOR

Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Nama Chalet : Mana-mana chalet yang ada kekosongan
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam

tidak termasuk harga bilik @ sila pilih bilik

Pakej termasuk
2 sarapan pagi
2 makan tengah hari
2 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM85.00 dewasa RM55.00 kanak-kanak

Tambahan
BBQ tambah RM20.00 dewasa
Island hopping & Snorkeling RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)

Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak

Semoga pihak tuan/puan/cik berpuashati dengan kadar yang ditawarkan.

Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.

Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan

CIMB 08050007921052
atas nama Teluk Impian.

Atau Maybanak no akuan 508261400479 atas nama NOR AZMI BIN ABAS

Terima kasih

“Percutian anda, layanan kami”

Yang benar,

Nor Azmi Abas
017-594 5151

=========================================================

PURNAMA BEACH RESORT




HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK

ISNIN-KHAMIS

JUMAAT-AHAD
CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM

SMART CHALET

RM75.00

RM85.00

RM120.00

STANDARD CHALET

RM85.00

RM95.00

RM140.00

STANDARD VILLA

RM115.00

RM145.00

RM190.00

DELUXE CHALET

RM125.00

RM165.00

RM205.00


PALMA BEACH RESORT




HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK

ISNIN-KHAMIS

JUMAAT-AHAD
CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM

CHALET

RM75.00

RM95.00

RM130.00

DELUXE

RM120.00

RM150.00

RM200.00


PANGKOR INDAH BEACH RESORT




HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK

ISNIN-KHAMIS

JUMAAT-AHAD
CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM

CHALET / HOTEL

RM75.00

RM95.00

RM150.00

Pakej Pelajar

PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN

RAUDHAH CAMP kini menawarkan beberapa Pakej berkonsepkan perkhemahan dengan ciri-ciri seperti berikut:

Pantai Teluk Nipah di mana aktiviti laut dan pantai dapat dijalankan.

PAKEJ PELAJAR SEKOLAH

PROGRAM 3 HARI 2 MALAM
(STANDARD)

PROGRAM 3 HARI 2 MALAM
(BBQ)

Harga:

RM 80.00 setiap pelajar

RM 90.00 setiap pelajar
Penginapan: Khemah/dorm/chalet

Makan/minum:

2 x Sarapan Pagi
2 x Makan Tengah Hari
2 x Makan Malam

2 x Sarapan Pagi
2 x Makan Tengah Hari
1 x Makan Malam
1 x M/Mlm BBQ

Kemudahan:

Surau, bilik air, dewan, PA system, padang kawad

Pengangkutan: FERI pergi dan balik dari Lumut ke Jeti Pangkor.
TEKSI pergi dan balik dari Jeti Pangkor ke Raudhah.
LAWATAN mengelilingi Pulau Pangkor & mengunjungi tempat-tempat menarik: (Padang Terbang, kilang satay ikan, pertukangan bot, Taman Mini Great Wall, Kota Belanda, Batu Bersurat.
Aktiviti: Jungletrekking (jurupandu disediakan)

Bilangan peserta:

Minimum 50 orang/Maksimum 200 orang

PAKEJ PELAJAR IPT PROGRAM 3 HARI 2 MALAM
(STANDARD)
PROGRAM 3 HARI 2 MALAM
(BBQ)

Harga:

RM 90.00 setiap pelajar

RM 100.00 setiap pelajar
Penginapan: Khemah/dorm/chalet

Makan/minum:

2 x Sarapan Pagi
2 x Makan Tengah Hari
2 x Makan Malam

2 x Sarapan Pagi
2 x Makan Tengah Hari
1 x Makan Malam
1 x M/Mlm BBQ

Kemudahan:

Surau, bilik air, dewan, PA system, padang kawad

Pengangkutan: FERI pergi dan balik dari Lumut ke Jeti Pangkor.
TEKSI pergi dan balik dari Jeti Pangkor ke Raudhah.
LAWATAN mengelilingi Pulau Pangkor & mengunjungi tempat-tempat menarik: (Padang Terbang, kilang satay ikan, pertukangan bot, Taman Mini Great Wall, Kota Belanda, Batu Bersurat.
Aktiviti: Jungletrekking (jurupandu disediakan)

Bilangan peserta:

Minimum 50 orang/Maksimum 200 orang

PAKEJ PERKHEMAHAN

PROGRAM 2 HARI 1 MALAM

Harga:

RM 15.00 setiap peserta

Penginapan: Khemah

Kemudahan:

Surau, bilik air, dewan

Bilangan peserta:

Minimum 40 orang/Maksimum 200 orang

AKTIVITI PILIHAN

HARGA

WATER ACTIVITY COMBO

RM 50.00 seorang (Water confidence + Kayaking + Snorkeling + rescue boat + instructors) (minimum 40 px)

ABSEILING RM 450.00 setiap kumpulan 30-40 orang
REPPELING RM 450.00 setiap kumpulan 30-40 orang
FLYING FOX RM 450.00 setiap kumpulan 30-40 orang

JUNGLE TREKKING

RM 150.00 setiap kumpulan 30-50 orang

NIGHT WALK

RM 150.00 setiap kumpulan 30-50 orang

KAYAK RM 35.00 sebuah / sehari
RESCUE BOAT RM 300.00 sehari
BANANA BOAT RM 15.00 seorang
SNORKELING RM 18.00 seorang
FUTSAL RM 80.00 satu jam
BASIKAL RM 20.00 sebuah / sehari
KEMUDAHAN KEM HARGA
DEWAN PERCUMA (DENGAN PAKEJ SAHAJA)
SURAU PERCUMA
BILIK AIR AWAM PERCUMA
CAMPFIRE PERCUMA
KARAOKE RM 250.00 set (8:00 pm - 12:00 am)
BBQ PIT RM 15.00

SEWA DAPUR

RM 150.00 - RM300.00 (lengkap)

Pakej Bulan Madu



Pakej Bulan Madu
RM699
nett setiap pasangan
Pakej termasuk:
Upacara sambutan tradisional Melayu
Penginapan 3 hari 2 malam
di Honeymoon Suite
2 Sarapan Pagi & 1 Candle Light Dinner
Fruit Basket & Hadiah Perkahwinan Istimewa
Island Tour by taxi


Puteri Bayu Beach Resort

HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK

AHAD-KHAMIS

JUMAAT-SABTU CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM

CHALET

GARDEN VILLA

RM190.00

RM250.00

RM380.00

BAYU VILLA

RM250.00

RM350.00

RM500.00

FAMILY VILLA

RM450.00

RM550.00

RM800.00


Coral Bay Resort


HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK

AHAD-KHAMIS

JUMAAT-SABTU CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM

HOTEL ROOM

STANDARD

RM130.00

RM160.00

RM260.00

Termasuk Sarapan 2 orang

DELUXE

RM180.00

RM210.00

RM310.00

Termasuk Sarapan 3 orang

APARTMENT

2 ROOM

RM240.00

RM260.00

RM390.00

3 ROOM

RM290.00

RM310.00

RM460.00

PENTHOUSE

RM310.00

RM360.00

RM510.0

Pangkor Bayview Resort

Thursday, October 1, 2009
Pangkor Bayview Resort terletak di Pantai Teluk Nipah. Anda perlu mengambil masa 40 minit perjalanan dari Jeti Lumut ke tempat penginapan ini. Ia dimiliki sepenuhnya kaum bukan bumiputra. Chalet ini mempunyai 15 unit Standard Room, 20 unit Deluxe Room dan 34 unit Family Room. Jumlah keseluruhan bilik adalah 80 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 250 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.





HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK

ISNIN-KHAMIS

JUMAAT-AHAD
CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM

STANDARD ROOM

RM105.00

RM125.00

RM160.00

DELUXE ROOM

RM130.00

RM160.00

RM220.00

FAMILY ROOM

RM150.00

RM180.00

RM240.00