
Muslim dan Muslimat Jom Rehlah kat Pulau Pangkor
Sunday, October 4, 2009 Posted by 26 Melayu Di-Raja
Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi : 017 - 594 5151 azmi abas
MAYBANK - 508261400479
PUBLIC BANK - 4-5555007-31
Infomasi
Posted by 26 Melayu Di-RajaPanduan untuk pelancung:
Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.
Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan
Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.
Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.
Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.
Sejarah
Posted by 26 Melayu Di-Raja
Pulau bersejarah ini kaya dengan khazanah alam semulajadi – hutan, bukit-bukau dan laut. Ia menjadi tumpuan bukan saja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong luar negara. Antara yang menjadi tarikan di pulau ini ialah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang berhampiran.
Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang. Dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.
Kota ini akhirnya dirobohkan oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulop.
Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhannya berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang dikumpulkan.
SEJARAH PULAU PANGKOR
KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.
Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.
Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.
Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”
Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’
Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.
Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.
Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.
“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.
“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.
“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”
Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.
Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.
LEGENDA BATU BERSURAT
Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.
Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.
Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.
Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.
PERJANJIAN PANGKOR

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.
Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh JWW Birch yang akibatnya ialah Perak berhadapan dengan Inggeris dalam siri peperangan hingga tahun 1876.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.
Inggeris kemudiannya telah membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Bandar-bandar baru telah muncul dengan pesatnya di Perak. Kemunculan bandar-bandar baru ini telah dengan sendirinya mengasingkan orang Melayu daripada pembangunan.
Perak menikmati kemakmuran daripada bijih timah lebih 100 tahun. Kemudian pada 1970, ekonomi Perak mula menjunam dan hampir muflis ekoran kejatuhan harga bijih timah di pasaran dunia. Smpanan timah antarabangsa telah melebihi aras yang dikehendaki hingga menyebabkan logam itu melebihi daripada permintaan. Tauke lombong gelisah dan ramai pelombong hilang pekerjaan. Situasi ini mengajar Perak dan khasnya Malaysia agar tidak bergantung kepada satu sumber ekonomi sahaja.
Lawatan dan Aktiviti
Posted by 26 Melayu Di-RajaPantai-pantai. Teluk Gedung. Taman Fu Lin Kung. Kilang satay ikan. Tukang bot.
Pengangkutan
Untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.
Membeli-belah
Pemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.

... there is also a nice Malay restaurant that we went, Mamah Sea Food (Teluk Nipah) for our 2nd day’s dinner. The tastes are nice as well as the price.
Di Pekan Pangkor juga terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!
Makan-makan
Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim ‘n’ Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a’la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.
Haiwan batu
Anda akan temui beberapa pembentukan batu secara semulajadi yang menyerupai binatang di pulau ini sekiranya anda menaiki bot laju untuk bersiar-siar. Ianya pemandangan yang mengagumkan!





Pakej Kumpulan
Posted by 26 Melayu Di-RajaWebsite: www.gerbangpangkor.com
Tarikh: ______________
Kepada yang berkenaan:-
PER: SEBUTHARGA PAKEJ KUMPULAN 2 HARI 1 MALAM DI PULAU PANGKOR
Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam
Pakej termasuk:-
1 sarapan pagi
1 makan tengah hari
1 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM85.00 seorang/Dewasa
Tambahan
Island hopping & Snorkeling - RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)
Melawat tempat bersejarah - RM10.00 seorang
Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak
Semoga pihak tuan/puan/cik berpuashati dengan kadar yang ditawarkan.
Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.
Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan
CIMB 08050007921052 atas nama Teluk Impian.
Atau Maybank no akuan : 508261400479 atas nama NOR AZMI BIN ABAS
Terima kasih
“Percutian anda, layanan kami”
Yang benar,
Nor Azmi Abas
017-594 5151
Website: www.gerbangpangkor.com
Tarikh: ______________
Kepada yang berkenaan:-
PER: SEBUTHARGA PAKEJ KUMPULAN 3 HARI 2 MALAM DI PULAU PANGKOR
Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam
Pakej termasuk:-
2 sarapan pagi
2 makan tengah hari
2 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM145.00 seorang/Dewasa
Tambahan
Island hopping & Snorkeling RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)
Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak
Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.
Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan
CIMB 08050007921052 atas nama Teluk Impian.
Terima kasih
“Percutian anda, layanan kami”
Yang benar,
Nor Azmi Abas
017-594 5151
Pakej Keluarga
Posted by 26 Melayu Di-Raja
P1, Pusat Penerangan Pelancongan, Jalan Sultan Idris Shah,
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Website: www.gerbangpangkor.com
Tarikh: ______________
Kepada yang berkenaan:-
PER: SEBUTHARGA PAKEJ KELUARGA 2 HARI 1 MALAM DI PULAU PANGKOR
Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam
tidak termasuk harga bilik @ sila pilih chalet
Pakej termasuk
1 sarapan pagi
1 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM55.00 dewasa RM35.00 kanak-kanak
Tambahan
Island hopping & Snorkeling - RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)
Melawat tempat bersejarah - RM10.00 seorang
Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak
Semoga pihak tuan/puan/cik berpuashati dengan kadar yang ditawarkan.
Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.
Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan
CIMB 08050007921052 atas nama Teluk Impian.
Atau Maybank no akuan : 508261400479 atas nama NOR AZMI BIN ABAS
Terima kasih
“Percutian anda, layanan kami”
Yang benar,
Nor Azmi Abas
017-594 5151
Website: www.gerbangpangkor.com
Tarikh: ______________
Kepada yang berkenaan:-
PER: SEBUTHARGA PAKEJ KELUARGA 3 HARI 2 MALAM DI PULAU PANGKOR
Lokasi : Pantai Teluk Nipah
Kemudahan Chalet : Berhawa dingin, tv Astro dan bilik air di dalam
tidak termasuk harga bilik @ sila pilih bilik
Pakej termasuk
2 makan tengah hari
2 makan malam
Feri pergi balik Lumut – Pangkor – Lumut
Bas/van pergi balik Pangkor – Teluk Nipah – Pangkor
Harga yang kami tawarkan ialah RM85.00 dewasa RM55.00 kanak-kanak
Tambahan
Island hopping & Snorkeling RM15.00 dewasa
Karaoke RM300.00 (8:00 malam – 12:00 malam)
Aktiviti Pantai
Jetsky
Banana Boat
Kayak
Sila sahkan tempahan dengan menghubungi kami dan memberi butir-butir yang diperlukan.
Tempahan hanya sah setelah membayar deposit sebanyak 50% ke dalam akuan
CIMB 08050007921052 atas nama Teluk Impian.
Terima kasih
“Percutian anda, layanan kami”
Yang benar,
Nor Azmi Abas
017-594 5151
PURNAMA BEACH RESORT
JENIS BILIK | ISNIN-KHAMIS | JUMAAT-AHAD | CUTI UMUM |
SMART CHALET | RM75.00 | RM85.00 | RM120.00 |
STANDARD CHALET | RM85.00 | RM95.00 | RM140.00 |
STANDARD VILLA | RM115.00 | RM145.00 | RM190.00 |
DELUXE CHALET | RM125.00 | RM165.00 | RM205.00 |
JENIS BILIK | ISNIN-KHAMIS | JUMAAT-AHAD | CUTI UMUM |
CHALET | RM75.00 | RM95.00 | RM130.00 |
DELUXE | RM120.00 | RM150.00 | RM200.00 |
JENIS BILIK | ISNIN-KHAMIS | JUMAAT-AHAD | CUTI UMUM |
CHALET / HOTEL | RM75.00 | RM95.00 | RM150.00 |
Pakej Pelajar
Posted by 26 Melayu Di-RajaPAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN |
RAUDHAH CAMP kini menawarkan beberapa Pakej berkonsepkan perkhemahan dengan ciri-ciri seperti berikut: |
|
|
| ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
AKTIVITI PILIHAN | HARGA |
WATER ACTIVITY COMBO | RM 50.00 seorang (Water confidence + Kayaking + Snorkeling + rescue boat + instructors) (minimum 40 px) |
ABSEILING | RM 450.00 setiap kumpulan 30-40 orang |
REPPELING | RM 450.00 setiap kumpulan 30-40 orang |
FLYING FOX | RM 450.00 setiap kumpulan 30-40 orang |
JUNGLE TREKKING | RM 150.00 setiap kumpulan 30-50 orang |
NIGHT WALK | RM 150.00 setiap kumpulan 30-50 orang |
KAYAK | RM 35.00 sebuah / sehari |
RESCUE BOAT | RM 300.00 sehari |
BANANA BOAT | RM 15.00 seorang |
SNORKELING | RM 18.00 seorang |
FUTSAL | RM 80.00 satu jam |
BASIKAL | RM 20.00 sebuah / sehari |
KEMUDAHAN KEM | HARGA |
DEWAN | PERCUMA (DENGAN PAKEJ SAHAJA) |
SURAU | PERCUMA |
BILIK AIR AWAM | PERCUMA |
CAMPFIRE | PERCUMA |
KARAOKE | RM 250.00 set (8:00 pm - 12:00 am) |
BBQ PIT | RM 15.00 |
SEWA DAPUR | RM 150.00 - RM300.00 (lengkap) |
Pakej Bulan Madu
Posted by 26 Melayu Di-RajaPuteri Bayu Beach Resort
Posted by 26 Melayu Di-RajaJENIS BILIK | AHAD-KHAMIS | JUMAAT-SABTU CUTI SEKOLAH | CUTI UMUM | |
CHALET | GARDEN VILLA | RM190.00 | RM250.00 | RM380.00 |
BAYU VILLA | RM250.00 | RM350.00 | RM500.00 | |
FAMILY VILLA | RM450.00 | RM550.00 | RM800.00 |
Coral Bay Resort
Posted by 26 Melayu Di-RajaJENIS BILIK | AHAD-KHAMIS | JUMAAT-SABTU CUTI SEKOLAH | CUTI UMUM |
HOTEL ROOM | |||
STANDARD | RM130.00 | RM160.00 | RM260.00 |
Termasuk Sarapan 2 orang | |||
DELUXE | RM180.00 | RM210.00 | RM310.00 |
Termasuk Sarapan 3 orang | |||
APARTMENT | |||
2 ROOM | RM240.00 | RM260.00 | RM390.00 |
3 ROOM | RM290.00 | RM310.00 | RM460.00 |
PENTHOUSE | RM310.00 | RM360.00 | RM510.0 |
Pangkor Bayview Resort
Thursday, October 1, 2009 Posted by 26 Melayu Di-RajaJENIS BILIK | ISNIN-KHAMIS | JUMAAT-AHAD | CUTI UMUM |
STANDARD ROOM | RM105.00 | RM125.00 | RM160.00 |
DELUXE ROOM | RM130.00 | RM160.00 | RM220.00 |
FAMILY ROOM | RM150.00 | RM180.00 | RM240.00 |
santapan minda ( 1 )
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...5 months ago
-
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...8 years ago
-
PAS, PR,dan DAP 2015 - Setelah PRU 13 dan akan menghadapi PRU 14, tiba2 muktamar ke 61 memecahkan hubungan Pakatan Rakyat Copyright © 2008 Abu Muhammad Haikal! All rights reserved.9 years ago
-
JazakAllah Bil Khair hadirmu saudara Islamku. - *بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ...9 years ago
-
menilai hudud dengan hati munafik ....hudud tidak berjaya kurangkan jenayah, kata bekas ketua hakim negara tapi wa tengok tak de hudud pun jenayah makin menjadi menjadi bila bagi penampar kat orang lain dah bukan ancaman....!!!! - *kedua duanya syaitan.....maka mahathir adalah sifoonya* *Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hud...11 years ago
-
Himpunan lebih besar jika tidak berubah - Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan k...11 years ago
-
Facebook patut disekat atau tidak? - Terkadang aku terfikir, elok juga kita tak main Facebook (FB). Aku dapati Facebook merubah seseorang 360 darjah apabila online. Orang yang kita kenal di ...11 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...11 years ago
-
PRU13: Malangnya Najib sambut spekulasi huru-hara - TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku huru hara ala Arab Spring selepas pilihanraya hanya provokasi seperti mana yang...12 years ago
-
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga - Kalau dikaji dan diselidik secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti be...12 years ago
-
-
Selproa Selar Tindakan Polis Kasari Peserta Perhimpunan Bantah Kenaikkan Air - SHAH ALAM 8 Disember - Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menyelar tindakan pihak polis yang bertindak ganas k...14 years ago
-
-
-
santapan minda ( 2 )
-
Petros’s antics costing us billions of USD, thousands of jobs and investor confidence in Malaysia - *"Project od the Year" Lang Lebah** gas field development project is first major victim of Petronas-Petros project, sources say* 14 Feb: Today couples a...1 month ago
-
Perginya Ibu Tercinta - بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu ses...5 months ago
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...5 years ago
-
(KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA - Handling Baggage Ground Crew *KLIA* Diperlukan segera ada 50 kekosongan Berminat ‼ segera ... www.wasap.my/601120739987/nakkerja 18 - 45 tahun lelaki war...5 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 years ago
-
YB Dr. Khalid Kassim bersama Pemuda Bukit Katil turun padang agihkan bantuan - MELAKA: Sekretariat Dun Bukit Baru tidak melepaskan peluang di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini untuk menziarahi penduduk dari rumah ke rumah sambil...9 years ago
-
Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35 dijadualkan 06 Mei 2015 - Setiausaha Dewan Negara Perak Dato' Ayop Hashim dalam kenyataannya kepada Bernama semalam memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak...10 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia - Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.13 years ago
-
-
Video & Gambar : Aktiviti Bermotor Sempena Santai Pemuda Bersama ARC Besut - Pendaftaran peserta Saf pimpinan Aktiviti bermotor Acara tarik tali Antara sebahagian hadirin Penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddi...13 years ago
-
-
-
Untuk Tempahan dan Pertanyaan sila hubungi
album aku sekeluarga
kita pasti akan mati
